Sunday, 9 December 2012

test !

testing , testing ? am I rigth here ? -_-'

Thursday, 31 May 2012

Pergi Sementara .

Assalamualaikum . Salam sejahtera . Salam 1 Malaysia .

yuhuu . dah lama tak update blog . al maklum lah busy . just nak bagitahu yang 2 hari lagi saya dah bukan orang Johor untuk tempoh 3 tahun . :')

selamat tinggal kepada :

mak
abang
saidi
hanny
kak riny
sahabat , kawan , rakan , teman
scandle
jiran jiran sebelah
cikgu cikgu
sekolah
jalan bunga mawar
kg dato sulaiman menteri
masjid depan rumah
giant
ksl
cs

dan semestinya selamat tinggal Johor Bahru , Johor .

lepas ni saya akan jadi orang Melaka . jangan sedih k sebab saya pasti akan kembali . :)

doakan kejayaan saya di sana okey :)
sayang selamanya .

Assalamualaikum :)

Wednesday, 22 February 2012

kenapa buat macam ni ??

Assalamualaikum ..

cerita hari ni pasal mata saya bengkak .. hmm , korang pernah rasa tak bila barang penting korang kena buang macam tu je . dah la kena buang , lepas tu benda tu hilang tak dapat di kesan , tak tau langsung siapa yang ambil ??? pernah rasa tak ??? ape yang penting sangat sampai nak bengkak2 mata ni ??? pasal buku tingkatan 5 je . nampak macam remeh kan ? tapi tau tak dalam buku2 yang kena buang tu ada fail tingkatan 5 yang saya kena simpan . fail berhenti sekolah .  banyak lagi benda berharga kat situ yang saya patut simpan . kenapa lah tak boleh sabar sangat ? tak paham ke maksud tunggu sampai saya dapat cuti ??? ni main buang sembarang je . tau tak rasa bila barang kita kena buang tu macam rasa baru lepas kena halau dari rumah . sedih tau tak . dah la ada benda penting kat situ . habis sekarang macam mana ni ? dah terlambat kan , benda tu pun dah hilang tak tau siapa yang ambil ... rasa sentap gila tau tak semalam .. rasa macam "hey , ape ni ??? tak paham lahh . kenapa macam ni ???" ... mana nak dapat fail tu lagi sekarang ? ingat kat sekolah ada copy punya ke ??? tapi bila dah kecoh semalam saya terpaksa buat macam "dah la, tak pe lah ". sebab memang dah tak boleh buat apa2 kan . benda dah jadi pun . apa lagi nak . ntah lah , rasa sentap tak hilang lagi ni . tak tau lah bila nak hilang ..

dan pada awak yang sedang ada masalah sekarang ? maaf saya tak tau masalah awak . tapi lepas baca blog awak . saya dah paham . saya harap awak tabah k . Allah takkan bagi ujian pada hambanya yang tak mampu nak hadapi ujian tu .. kata2 hikmat ni pun saya tujukan untuk diri saya juga . maklum lah baru lepas hilang barang penting wak ... :"( . sabar k . ramai lagi yang sayang awak . saya pasti tu . dan untuk ayah awak . saya doakan supaya cepat pulih .. :)

sekian . Assalamualaikum . :")

Sunday, 19 February 2012

Assalamualaikum . Salam sejahtera . Salam satu Malaysia !

hari ini nak cerita pasal IT fair kat KSL City ni . wuhuu . saya nak cerita sebab saya ada beli barang kat situ . tak banyak lah . dua benda je . hari pertama(sabtu) saya beli pendrive 8GB . ce teka harga dia berapa . hahaha . RM25 je . murah kan . murah kan . lepas saya beli tu , saya terus transfer semua lagu dengan video yang ada kat notebook ni . lepas transfer semua . saya tengok pendrive yang tadi ada 8GB tinggal 1.5GB je . gila lah ! banyaknya ........... hohoho . saya terdiam seketika . ingatkan nak delete apa yang patut , tapi sayang pulak  hmm , dah la biar je lah .. :)

ni lah benda alah nya ... :) dah tinggal 1.5GB jee ..

hari kedua(ahad) pulak , saya beli earphone tapi bukan untuk saya ok . saya dah ada dah . saya beli untuk abang saya . yelah hari tu kan birthday dia  tapi saya takde bagi apa2 pun . so ni kira hadiah lah untuk dia .. hehe  belum terlambat kan ? bulan 2 tak habis lagi .. so terima lah . ikhlas ni .. >_< ...

macho tak ? macho tak ? >_<

sekian sahaja cerita hari ni .

time kaseh pada yang sudi bace . :)

Assalamualaikum .

Thursday, 16 February 2012

adore lagu nihh ..

Jangan Aku Kau Tinggalkan !!!

sebelum kau tinggalkan diriku . nyatakanlah padaku .
apakah salah yang ku lakukan hingga aku kau tinggalkan .
belum puas menatap wajahmu . belum puas merayu .
kasih berbunga belum berkembang kini aku kau tinggalkan .

sungguh sunyinya rasa bila kau tiada . hilang tempat ku bermanja .
ku pohon maaf merayu padamu kembali pada ku .
sebelum kau tinggalkan diriku . nyatakanlah padaku .
apakah dosa yang ku lakukan sayang aku kau tinggalkan .

nekadnya hati mu tinggalkan ku pergi tiada dapat ku halangi .
jika kau sunyi dan terasa rindu . kembali padaku .
sebelumnya aku kau tinggalkan . dengarkanlah oh sayang .
jika kau sungguh cinta padaku jangan aku kau tinggalkan .

jangan aku kau tinggalkan . jangan aku kau tinggalkan ...

guess what ? this is my lovely father's song .. :)

Tuesday, 14 February 2012

the one and only :")

Assalamualaikum .

seisi keluarga mimpi mengenai mu . rindu yang mungkin takkan terubat . hajar cuba untuk jadi anak yang berjasa atas segala limpahan kasih sayang yang baba dah bagi . :")

all about you Al-marhum MOHD MOKHTAR B. OTHMAN (baba) ..


Al-fatihah ...

Monday, 13 February 2012

kawan alam maya ..

Assalamualaikum . Salam sejahtera . Salam satu Malaysia !

cerita hari ni mengenai ... tengok la tajuk tuu . hehehe .
korang tau facebook kan ? mesti lah . tweeter pun korang tau kan ? of course ! haa , nak cerita ni semenjak kerja sorang ni , saya sangat teramat palinglah sunyi sekali . sunyi . bosan . boring . gila . semua ada lah ! tapi sekarang dah tak lagi dah . sebab saya dah ada orang yang boleh layan kepala saya . kat facebook ada . kat tweeter pun ada .

nak tau siapa orang yang bertuahh tu ? haa kalau kat facebook nama dia Nur Asikin Juhari . nak tengok macam mana orang nye ? klik sini . sini ok . sini ! sini lahhh ! XD . add la dia kalau rasa tak add lagi . penuhkan friend list fb dia yang dah sedia penuh tuu . baik kan saya promote kan dia . hahaha . dia kan selalu cerita2 dengan saya . cerita masalah dia , pasal hati dan jiwa dia , pasal kerja dia , pasal orang . hahaha . cerita ok bukan ngumpat . XD banyak lah yang dia cerita2 . kalau takda dia saya mesti sepi . even dalam fb saya ada sampai 700++ friends . tapi yang betul2 friend dengan saya tak sampai seratus kot . yang lain tu hiasan je . sorry ok saya nak jujur je . sorry lah kalau ada yang terasa ke apa . (takpe hajar , kat fb pun diorang tak layan kau . nak bace blog kau nih ? lagi lahh . tak payah nak sorry2 sangat lahh) . hasutan! hasutan! ok cukup . berbalik pada Nur Asikin Juhari . thanx sebab sudi layan aku okeh . walaupun kadang2 aku ada merepek ntah apa2 . :D jasamu di kenang ! rajin2 lah IM dengan aku yang cun lagi baik hati ni .. :D

haa tu yang kat fb . ni yang kat tweeter pulak . the person is ................ Aisah Sharif .!!! klik sini . follow k . jgn tak follow ! bergoyang , I follow , I follow . XD . alamak ternyanyi pulak . -_-" . aisah ni suka bertweet2 dengan saya kat tweeter . nama pun tweeter kan , mestilah tweet2 . tapi dia suka jeles kalau saya tweet Johan As'ari . tapi dia tak pernah nak ngaku yang dia jelesss . kenapa ntah .? hahaha . kalau nak tau , dia ada nama glamour tau . nama glamour dia Angle . nak tau kenapa angle ? tanyalah dia sendiri . okeh! :P . and angle ni , eh angle pulak .. aisah ni suka tunjuk video lelaki handsome kat saya . macam tau2 je yang mata saya ni gatal kalau tak tengok lelaki handsome . :D LEDApple ! yeah I love them aisah . :)  lagi2 si Marlon tu . apa nama sebenar dia ah ? buruk betul nama marlon tu kan . btw , thanx jugak pada Aisah Sharif yang sudi layan aku kat tweeter tu . kalau takda kau pun aku boring . besi . ahhh bosan ............. kau tau kan yang aku ni cun dan baik hati . rugi gila kan kalau tak tweet2 dengan aku . okeh malas nak ulang banyak kali . XD *yeah , syookk sendiri !

haa . tu je lah cerita hari ni . :)

time kaseh pada yang sudi bace ! :)

Assalamualaikum . :D