Sunday, 12 February 2012

birthday party !!!

Assalamualaikum . Salam sejahtera . Salam satu Malaysia !

hari ni nak cerita pasal apa yang jadi kat rumah saya malam semalam (11-12 . 2 . 2012) kenapa 11-12 hari bulan pulak ? sebab masa tu pukul 12 malam/pagi kan . so di antara lah maknanya . hahaha tak paham dah . abaikan je .

tepat pukul 12 semalam . tak lah tepat . lambat sikit kot . hmm . pape je lah . saya , gf abang (kak rini) , and member2 abang (anep, riki, bad, faz) buat surprise untuk abang saya !!! XD

tau tak gempak gila . kteorang main tepung and telur . hahaha . habis bersepah rumah . berair . banjir ! huishh memang gila ! nak tau sebab apa boleh jadi banjir segala tu . macam mana tak banjir . habis segala air diorang simbah2 . bukan setakat air je . tapi minyak , sabun , air oren dengan air anggur yang untuk minum pun diorang simbah, siram . hahaha ! gila melekit2 lantai . campur lagi dengan tepung yang dah sedia bertabur kat lantai . siap ada yang main jatuh2 tu . bukan main la tapi memang jatuh betul . banyak kali pulak tu . lantai licin gila an . nak tau siapa ? anep la . siapa lagi . tapi kesian la kat dia . sakit tu banyak kali jatuh . ah , padan la muka dia . bufday dia jugak kan . kalau korang nak tau anep dengan abang saya tu lahir selang sehari je . anep 11.2.1993 and abang saya 12.2.1993 . kawan dari kecik tu . :)

malam tu kteorang tak sediakan makanan banyak2 . cuma ada kek satu je . dah melekit2 satu badan makan la kek pulak an . dah habis makan semua , start la kemas2 apa yang patut . malam tu buat sepah . malam tu jugak kemas ! tapi rupanya tak habis sampai situ je .. diorang sambung lagi . kterong kan tak berapa suka makan cream kat kek tu . so mesti ada sisa cream kat pinggan an . hah ! cream tu la yang jadi mangsa . serius saya ingat dah stop . saya pergi lah bersihkan kasut untuk pakai pergi kerja esok . dah kena tepung an . jahanam kasut ! tengah2 cuci tu , boleh ke cream sampai kat muka . lepas tu kena simbah dengan air lagi . apa seh ?!!! terkejut dowh ! "oi , gua nak cuci kasut gua ni !!" tak habis lagi tu . tepung2 yang dah jatuh kat lantai tapi tak kena air , diorang boleh ambil then sapu kat muka orang . pehh . berkudiss muka ! :D memang tak boleh lupa aa . gempak gila malam tu .. XD

malam tu saya ada ambil gambar . tapi kualiti gambar memang teruk aa . sebab handphone cikai an . handphone mahal boleh takda bateri pulak .. ==' and ada sebahagian gambar yang perlu di "senset" kan atas permintaan empunya badan dan untuk mengelakkan kejadian pornografi .. hahaha

okeh boleh saksikan ...

saya !

love this pic bro ! muka cute aa tuh .. XD

wanita ini dalang semua nya ! good job akak.

anep ! padan muka . beerrrrr ! XD

sama2 sambut bufday . :D

mereka2 yang mengerjakan .

present !

nak jugak .... =='

actually kek ni warna purple . dalam gambar jadi biru pulak ?

motor kesayangan dia join sekaki . :)

gambar2 lantai rumah ... !





kasut nak pakai pergi kerja ... :( 


tapi benda yang paling saya banggakan ialah saya dapat lekapkan sebiji telur kat dahi abang saya ! "amek kau" . serius tu lah first time saya baling telur kat orang . actually , saya tak baling pun telur tu . tapi saya tepuk dahi abang saya dengan telur . macam tepuk nyamuk . tapi ni spesial lah sebab pakai telur . :D "sorry aa brother . serius gua memang sengaja ." :D

apa pun HAPPY BELATED BIRTHDAY for you my only one lovely brother !

saya memang ada satu je pun abang . adik doakan semoga abang sentiasa bahagia , berjaya dalam hidup , tercapai cita2 . dapat jadi anak dan abang yang baik dalam keluarga , dan matang sikit aa bro . da makin tua pun sekarang . okeh ! hehe

much love from your sister ! <3

thanks pada yang sudi bace :)))

Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment