Tuesday, 7 February 2012

something new .

Assalamualaikum . Salam sejahtera . Salam satu Malaysia !

actually blog ni dah ada lama tapi sengaja diperbaharui . hehe . saya nak lupakan semua cerita-cerita lama dan ingin memulakan hidup baru . alaamakk ayat ! macam baru lepas kahwin je kan . :) ape pun hidup perlu diteruskan . right !

so sebagai permulaan , saya nak bagitahu beberapa benda baru dalam hidup saya . salah satunya ialah saya bukan lagi pelajar sekolah . okeh . bahasa mudahnya biasa dipanggil bekas pelajar lah . tau tak , saya suka title tu masa saya sekolah dulu . "bile la agaknye aku nak jadi bekas pelajar ek ? best , rilex je ."  tapi sekarang ... lain la .. lain sangat .  rindu nak sekolah . jumpa kawan , cikgu , semua lah .. tak terkecuali juga kepada para 'ex' dan sesiapa saja yang diminati .. haha . gatal ek . tapi ada juga benda yang saya tak rindu pun .. apa lagi kalau bukan homework . kan .

lama sangat sekolah kan . banyak sangat kenangan lah . kalau tau macam ni . tak nak sekolah lama2 . tapi boleh ke ... ? memang tak lah kan . dah la . sedih . malas nak feeling2 .

okeh . dah lama tak pakai baju2 ni ....

cun tak saya ? hehe

segak kan ? :)


perkara kedua . sekarang saya da start kerja. so nak kongsi  sikit la cerita pasal tempat kerja saya ni . tau tak kat mana ? kat mana lagi kalau bukan Kiddy's Wardrobe (KSL CITY) . seronok juga lah kerja kat sini sebab kerja senang kan . kalau takde customers bole duduk2 online . tapi kadang2 tu boring juga . sebab ialah sekarang ni tengah keje sorang kan . bos tak cari partner lagi ... :(  btw, ni lah pengalaman pertama saya berkerja selepas sekolah . memang sangat lain lah suasananya . tak heboh . tak kecoh . tak bising dengan suara budak2 sekolah . tak ... banyak lah yang tak sama nya . dah sebulan dah saya kerja sini . gaji pertama pun dah dapat . Alhamdulillah . seronok dapat duit hasil jerih payah sendiri . :)))

banyak membebel tah pape lah saya ni sampai lupa nak bagi tahu kedai saya ni jual apa . kedai tempat saya jaga ni jual baju baby and kanak2 . comel2 tau . pada sesiapa yang ada adik , anak , sedara or sepupu sepapat yang berumur 7 tahun ke bawah bole lah beli baju kat sini . nanti saya bagi diskaun . jangan tanya berapa la kan , datang la dulu tengok2 . saya akan sambut kedatangan anda dengan senyuman yang menawan ! haha .

kalau nak tengok gambar kedai saya ... carilah kat facebook . type je Kiddy's Wardrobe . gambar baju yang saya jual pun ada kat situ ... okeh .

dah la  baru cerita dua benda dah panjang berjela . saya saja try je sebenarnya . huhu .

okeh time kaseh sudi bace ! :))) <3

Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment